Monday, 3 November 2014

Bus Rapid & Reward System

John        : Hallo Ai Ling…Hallo Siti, dengar tak?

Siti           : Helo John, saya dengar you cakap. Then you dengar saya?

John        : Dengar jelas. Apa khabar? Hallo Ai Ling...Ling are you there?

Siti           : Ok saja. You macamana? Ling belum masuk lagi lah… dia busy kot.

tut..tut…….. tut…tut…….. tut…tut…….. 

John        : I’m good… Dua minggu lepas sibut sikit..banyak kerja. Now, dah ok dah.

Ai Ling   : Hallo hallo John, dengar tak, dengar tak?

John        : Hallo B... dengar dengar.                                 

Siti           : Saya dengar juga.                                                              

Ai Ling   : Sorry ya…lambat answer. I tutup youtube dulu before answer. Ada sape lagi cakap?

John        : Cuma kita 3 orang. I call nak tanya you all Ahad ni nak pi Queensbay tak. Kamal dan Rani akan pi juga. I and Kamal pi dengan van. Rani  cakap nak naik Rapid.

Siti           : Ok.. Saya join. John, tolong book van suruh dia ambik I sekali.

Ai Ling   : Aiyo.. I rasa tak boleh join lar.

John        : Kenapa pula?

Ai Ling   : I baru baik demam. Sekarang ada selsema lagi. Rasa lebih baik rehat kat rumah. Isnin sudah ada kerja.

John        : Hmm…tak dapat tengok you lagi.... It’s ok. Kesihatan lebih penting. Lain kali kita boleh keluar sama.

Siti           : Patutla dengar suara kamu macam lain saja. Ada jumpa doktor tak? Bila you demam? Hari tu you cakap nak pi USM dengar seminar…you ok saja.

Ai Ling   : Hari tulah…masa balik kena hujan. I basah habis. Balik-balik malam tu dah start demam. Actually sempat balik rumah punya. Tak sampai pukul 5 seminar tu dah habis…  dan 6 suku baru hujan.

John        : Habis tu sebab apa you sampai rumah begitu lewat? Takda bas ka?

Ai Ling   : Bas ada… tapi depa tak mau ambik I. Sampai bas 301 ketiga baru I dapat naik. Bas pertama dia stop nak bagi saya naik. I panggil dia drive dekat sikit. Sebab bas tak cukup dekat dengan pavement. Buka ramp tak boleh sampai kat pavement. Driver tu terus balik tempat…tutup pintu dan pi.

Siti           : Kat bus stop takda ramp ka?

Ai Ling   : Sebab tulah. Kalau ada, at least I boleh turun atas jalan raya dan naik bas tu.

Siti           : Then, macamana you boleh ada pada pavement kalau takda ramp?

Ai Ling   : I datang dari dalam USM. Kat dalam ada ramp naik from jalan to pavement. Dah bergerak atas pavement sampai ke bus stop. Kat bus stop pula takda ramp.

Siti           : Oh, faham. I selalu dengar Rani cakap dia kena tunggu bas di tepi jalan. Tak dapat naik ke pavement sebab tak ada ramp.

John        : Bahaya tu duduk di tepi jalan. Kadang-kadang kereta…motor…bas lalu dekat-dekat dengan kita duduk di tepi atas wheelchair. Pun susah juga nak naik turun bas sebab ramp jadi curam bila letak atas jalan.

Ai Ling   : Ya… kat bus stop mesti ada ramp.. Sangat penting. Kita boleh naik turun bus stop.

John        : Then, macam mana dengan second driver?

Ai Ling   : Saya angkat tangan. Kakak I (maid) pun ada angkat tangan. Dia tengok kami 2 orang saja, dia tak mau stop. Terus drive pi. Geram betul. Masa tu pukul 6 awan dah sangat gelap..angin kuat…nak hujan lebat tu. I bimbang lo.

Siti           : Aiyoo… teruk betul mereka tu.

Ai Ling   : Masa third bas datang, I minta one lady yang baru datang tunggu tolong suruh driver drive dekat sikit dan bagi I naik. Saya mesti naik bas tu…kalau tak tak taulah..hujan pun dah mula turun sikit-sikit. Driver cuba drive bagi dekat tapi susah, tak boleh dekat. So, dia turun saja dan minta dua orang lain dalam bas sama-sama tolong angkat I masuk dalam. I masuk bas tak lama, hujan jadi lebat…sangat sangat lebat. Masa sampai Jelutong, hujan lebat lagi…ada kurang sikit. Driver turun tolong tolak I turun bas. Then, I dan kakak duduk kat bus stand 15-20 minit tunggu hujan reda sikit…baru gerak balik rumah.

John        : You dah pi report mereka?

Ai Ling   : Report?? Taklah.

Siti           : Tapi report pun sama saja... tak tentu boleh settle problem. Maybe mereka lebih marah lagi.

John        : Kenapa you cakap begitu?

Siti           : Hari tu Rani cerita sama saya dia kena marah 3 kali dari bus driver.

John        : Tiga kali!!!

Ai Ling   : Ya…dia pun ada cerita kat I.

Siti           : Hari tu dia naik bas nak datang rumah saya... masa tolong tolak dia naik bas, driver dah mula marah dia. Masa Rani bayar tambang, kena marah lagi. Then lepas tolak Rani turun, driver sekali lagi marah. Marah Rani pasal dia terima surat OKU complain dia tak mau ambik OKU. Dia tau E yang complain. Peristiwa itu sudah berlaku 9 bulan lebih... tapi dia masih ingat jelas. Dia marah betul...bos bagi dia amaran. Dia cabar suruh Rani pi complain lagi...dia cakap dia tak takut. blah..blah..blah 

John        : Buat apa dia marah. Memang dia salah pun.

Ai Ling   : Dia bagitau Rani bukan tak mau ambik tapi ada OKU kat bas masa tu. Konon..pandai bohong...masa tu Rani memang nampak bas kosong saja tak banyak orang. Dia lagi cakap dengan Rani... pergilah report lagi, I tak takut.. OKU ni suka complain.

John        : Hish...hish... tak sedar-sedar.

Siti           : Tapi bukan semua driver macam mereka. Banyak yang baik juga macam driver ketiga tu. Lagi macam saya naik bas, ada yang bagi bas lebih rendah... bagi saya lebih mudah naik apabila tengok saya jalan tak ok. Ada yang buat tak tau saja..tak buat apa-apa..tak bagi turun.

John        : Kalau macam tu… I rasa Rapid Penang harus come out reward system juga... bukan hanya aduan. Reward system boleh galak driver berbaik-baik dengan passengers. 

Siti           : That sound good. Mungkin driver lain boleh ubah sikap bila tengok kawan dapat reward.

Ai Ling   : Benar juga. Ok...nanti I emel mereka suggest pada mereka.

Siti           : Mungkin kita boleh emel kat mereka juga beritahu driver-driver yang baik, banyak tolong kita masa kita naik basnya.

Ai Ling   : Ok lah... dah lewat lagi. I got to go first. Thank you dengar I dan bagi cadangan.

John        : I pun letih dah. Nak tutup la. Siti, nanti I bagitau you pukul berapa van ambik you.

Siti           : Ok.. Good nite...bye.

Ai Ling   : Bye...take care.

John        : Bye all.


Pengalaman yang dikisahkan dalam perbualan secara talian (skype) ini merupakan kisah benar yang dihadapi oleh ahli DAPG



Monday, 6 October 2014

Takda Ramp... Macam Mana Nak Masuk Ni

Kedua-dua tangannya pada sisi kerusi roda memegang dan memusing push ring ke depan. Kemudian pegangan itu dilepaskan lalu tangannya letak pada bahagian belakang push ring semula untuk digerakkan ke depan. Roda kerusi terus berputar  perlahan-lahan di kaki lima melepasi beberapa kedai yang berada di sebelah kanan. Akhirnya Kamal menghampiri bank. 

Seorang lelaki yang datang dari seberang jalan berjalan terus ke arah bank. Dia menolak pintu kaca ke dalam lalu melangkah masuk ke dalam bank. Pintu kaca dilepaskan tutup semula.  

“Argh…step lagi.. takda ramp.. macamana nak masuk ni,” Kamal memandang permukaan lantai sekitar pintu masuk bank. Terdapat satu step di mana permukaan lantai antara kaki lima dengan bank tidak sama ketinggian. Lantai bank itu lebih kurang 8cm lebih tinggi daripada kaki lima. Kamal berhenti di depan bank berhampiran dengan pintunya. Dia menunggu di sana memandang ke kiri kanan.  

“Excuse me encik. Boleh tolong tolak saya masuk bank,” Kamal meminta tolong daripada seorang lelaki yang berjalan datang. Lelaki itu kelihatan berumur dalam lingkungan 30-an dan berpakaian kemeja lengan panjang. Agaknya datang dari pejabat untuk berurusan dengan bank.

“Aku kejar masa,” teriak lelaki itu sambil berjalan terus ke bank.

Ingat aku suka kacau orang lain minta tolong kah? Aku ni nak berdikari…nak pergi sana sini sendiri…nak buat sendiri. Tak mahu susahkan orang. Tapi… persekitaran dan kemudahan dibina berdasarkan keperluan orang ramai yang upaya saja tanpa memikirkan keperluan kami yang kurang upaya. Tak fikir OKU dapat gunakannya atau tidak. OKU juga mempunyai hak untuk ini untuk itu seperti kamu semua. Kami juga perlu menjalani kehidupan harian. Kamal berasa kecewa bercampur geram.

“Abang, kenapa duduk kat sini? Ada apa boleh saya bantu?” tanya seorang remaja yang datang dari belakang Kamal.  Dia nampak Kamal melambai-lambai tangan pada dua orang mak cik yang ingin berjalan masuk dalam bank tapi mereka langsung tidak  menghiraukan Kamal.

“Adik, saya nak masuk dalam bank. Tapi kena ada orang tolong tolak saya, baru boleh masuk,” Kamal menuding jari pada lantai di pintu masuk tu.

Remaja itu menawarkan dirinya untuk bantu. Dia menolak Kamal sehingga berdepan dengan pintu masuk. Apabila terlihat pengguna kerusi roda di hadapan bank, pengawal bank yang berdiri di tepi mesin nombor giliran untuk membimbing pelangan-pelangan bank yang datang dan menjaga keselamatan  bank itu pun datang bantu. Pengawal itu membuka dan memegang pintu bagi mereka.

Remaja itu memastikan kerusi roda Kamal lebih kurang bersudut tepat pada pinggir lantai bank. Kemudian dia meletakkan kaki kanan pada hujung penyungkit kanan yang berada di bahagian belakang sebelah dalam roda kerusi. Kaki itu menekan penyungkit perlahan-lahan dan pada masa yang sama dia tarik bahagian pemegang ke belakang dan menekan ke bawah untuk mencondongkan kerusi roda ke belakang. Dengan itu, kastor iaitu roda depan kini berada dalam keadaan tergantung atas lantai kaki lima pada ketinggian yang sama atau lebih tinggi dengan permukaan lantai bank. Dia menggerakkan kerusi roda Kamal ke depan dengan menggunakan roda belakang sahaja sehingga kastor menyentuh permukaan lantai bank. Kemudian dia menolak kerusi roda ke depan lagi dengan daya yang lebih kuat untuk memaksa kedua-dua roda belakang bergolek dari permukaan yang rendah ke permukaan yang tinggi. Dia menolak sehingga kerusi roda masuk ke dalam bank sepenuhnya. Selepas itu, dia yang tangannya masih pada pemegang melangkah kaki ke permukaan lantai bank lalu menolak Kamal ke mesin nombor giliran.

Kamal berterima kasih pada remaja itu. Dia bersyukur kerana remaja itu tahu cara-cara membantu pengguna kerusi roda apabila berhadapan dengan step yang langsung tidak mesra OKU. Bukan itu saja, tetapi step juga tidak mesra kepada orang tua yang berkerusi roda, orang tua atau mereka yang sakit lutut, ibubapa dan penjaga yang membawa kereta sorong anak-anak kecil dan mereka yang membawa troli. Kamal mendapat tahu ibu remaja itu terpaksa dipotong kaki akibat penyakit kencing manis dua tahun yang lalu. Sejak itu, ibunya yang baru berusia 50 lebih tahun terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak. Remaja itu meninggalkan bank lalu pergi ke kedai runcit yang selang tiga kedai dari bank untuk membeli barang-barang keperluan rumah yang disuruh ibu.

“Kenapa lambat ni? Saya dah lama sampai tunggu dalam kereta.” Kamarul berjalan masuk ke dalam bank lalu mendapatkan adiknya yang sedang menyimpan kad ATM yang baru dibuat dan beberapa keping kertas RM50 yang baru dikeluarnya ke dalam dompet. Kamal meminta Kamarul tolong hantarnya ke sini semasa Kamarul bersama-sama anak perempuan keluar rumah tadi. Kamarul tinggalkan Kamal di kaki lima lalu pergi menghantar anak ke sekolah. Dia datang ambil Kamal balik selepas hantar anak di sekolah.

“Tadi kat  luar lama… tunggu  orang tolak masuk.”

“Sekarang dah beres bang. Jom balik,” kata Kamal lagi yang penat. Penat kerana tunggu orang…minta bantuan orang untuk tolaknya masuk dalam bank sebentar tadi.  Penat juga kerana terpaksa tunggu pengawai bank masuk keluar dari sebelah dalam tempat mereka bertugas melalui pintu bersebelahan dengan deretan kuanter yang berkunci demi keselamatan, untuk membantu Kamal berurusan. Kamal tidak dapat berurusan dengan pengawai bank melalui kuanter seperti orang  lain kerana kuanter-kuanter tersebut  adalah terlalu tinggi baginya yang duduk atas kerusi roda. 

Kamarul menolak adiknya ke pintu. Pengawal bantu buka dan pegang pintu kaca itu. Kamarul memusing kerusi roda adik lebih kurang 180 darjah kepada posisi di mana mereka kelihatan seolah-olah mereka baru masuk dalam bank. Kamarul berjalan ke belakang dengan tangannya tetap pada pemegang menarik kerusi roda ke belakang sambil berpaling kepala ke  belakang meneliti kedudukan step.  Kemudian dia melangkah kaki turun dari permukaan lantai  bank ke kaki lima. Dia terus melangkah ke belakang dua tiga langkah. Kini roda belakang kerusi roda yang besar berada pada hujung permukaan lantai bank. Dia terus menarik kerusi roda  ke belakang. Bump… roda besar berputar turun ke kaki lima. Punggung Kamal lompat naik atas sikit seolah-olah apa yang kita rasai semasa kereta tiba-tiba dipandu melalui bonggol jalan yang besar. Roda turun diikuti kastor ke kaki lima. Kamarul pusing kerusi roda Kamal ke kiri lalu menolaknya ke arah kereta.

Fuh..begitu susahnya bagi pengguna kerusi roda apabila berdepan dengan step. Bukan saja mereka tidak dapat menghadapi step sendiri, tetapi sukar juga bagi orang yang membantu. Kamal tidak sanggup membayangkan betapa payahnya bagi seseorang yang menggunakan kerusi roda bermotor berhadapan dengan step. Sememangnya kerus roda bermotor memudahkan pergerakan seseorang pengguna kerusi roda lebih-lebih lagi apabila seseorang  itu  bergerak banyak. Dia tidak perlu memusing push ring yang meletihkan tangan apabila terlalu lama. Sebaliknya dia hanya perlu mengawal joystick yang dipasang pada hujung tempat letak lengan dengan daya yang sangat rendah. Tetapi pembantu bukannya boleh cuma memijak penyungkit untuk menaikkan kastor bagi diletakkan pada aras lantai yang lebih tinggi kerana ia lebih berat dan rodanya lebih besar. Dua tiga orang diperlukan untuk mengangkatkan bahagian depan kerusi roda dan menolak kerusi roda ke atas.

“Kenapa orang masih tak faham-faham ramp tu sangat penting???” Kamal mengeluh. Dia dan pengguna-pengguna kerusi roda amat memerlukan ramp yang berbentuk segitiga tegak dengan bahagian condongnya menghubungkan permukaan lantai yang rendah dengan yang tinggi. Bahagian condong itu haruslah landai juga. Dengan adanya ramp yang landai, mereka berupaya mengerakkan kerusi roda dari permukaan lantai yang rendah ke permukaan yang lebih tinggi dan sebaliknya dengan mudah.

Sedang Kamarul menolak kerusi roda Kamal di kaki lima, Kamal memandang pada pinggir kaki lima tengok-tengok kalau ada ramp untuk turun ke tepi jalan. Tapi hampa. Langsung tidak ada ramp  kat situ. Apabila hampir sampai pada kereta yang diletakkan di tepi jalan, Kamarul sekali lagi menolak Kamal menuruni step yang agak tinggi.

*****

Aduhai… Bagaimana OKU berkerusi roda nak bergerak dari jalan raya ke laluan pejalan kaki; nak bergerak dari jalan raya ke kaki lima; nak bergerak masuk ke dalam kedai, ke dalam restoran, ke dalam bangunan; dan sebaliknya jika tidak ada step ramp yang menghubungkan permukaan lantai yang rendah kepada permukaan lantai yang lebih tinggi.


Apa…minta orang tolong saja? Tengok betapa susahnya Kamarul dan remaja baik hati itu nak bantu Kamal naik turun step.

Di sesetengah tempat, ada juga step di sana sini di dalam sesebuah bangunan. Begitu juga pada kaki lima di sesetengah tempat. 

Kami DAPG ingin menyeru pada 
pihak-pihak yang bertanggungjawab supaya 
menyediakan RAMP pada poin-poin yang strategik
sekiranya tempat-tempat itu ada step

Monday, 1 September 2014

Neighbourhood A versus Neighbourhood B

John has been physically disabled since he was born. Daniel became disabled after a car accident when he was six years old. John lives in Neighbourhood A, while Daniel lives in Neighbourhood B. Both are wheelchair users. Both want to go out to buy something from a grocery shop near their apartments. Let’s follow their journeys to the shops.


Neigbourhood A

John comes out from the apartment where he stays. There are pathways on the both sides of the main entrance of his apartment. However, there is no kerb ramp for him to wheel his wheelchair up to the pathways. Therefore, he is forced to wheel along the roadside. There are one or two cars parked illegally along the roadside. When he approaches a parked car, he has to wheel further out, towards the middle of the road. This is dangerous as there are motorcycles, cars and even lorries passing by him in his small wheelchair. 

There are adults and children walking along the pathways to and from the apartment or nearby houses. Even if someone was to help John to go up the kerb, it also would be hard for him to wheel along the pathways as they are quite narrow. There are trees and lamp posts situated near the middle of the pathways, making the pathways even narrower. Some parts of the pathways are uneven and broken and senior citizens find it difficult and risky to walk along the pathways.

After John crosses the road, he wheels along the roadside, next to the five-foot walkway. There are two steps he has to climb to reach the walkway. He has to wheel along the roadside, looking for a ramp. He wheels until the end of the five-foot walkway before he finds a kerb ramp. However, the ramp is too steep and he cannot wheel up the steep ramp to the walkway. Even if there was someone willing to help him, it would still be very dangerous to be pushed up the steep ramp. 

In the end, John is forced to forget his plan to go to the shop. He wheels home through the unfriendly and dangerous road without buying the stuff he needs.


Neigbourhood B

Daniel comes out from the apartment where he stays. There are pathways on both sides of the main entrance of his apartment. He turns left and wheels up to the pathway through a gentle kerb ramp. Even though there are a few trees and lamp posts on the pathway, there is enough space for him to move along. His neighbours can walk pass by him easily. The surface of both the pathways are even and smooth. He wheels until the other end of the pathway, stops there, waiting for the right time to cross the road safely. Sometimes, there are kind drivers or motorists who will slow down and stop their vehicles for someone to cross the road. Then, he wheels down the kerb ramp and crosses the road.

Once he reaches the opposite side of the road, Daniel wheels up to the five-foot walkways through one of the gentle kerb ramps. There are a few shops and also cafes along the walkways. People walk along the corridor and go in and out of the shops. They smile and greet one another and they also smile at Daniel while he smiles back. He wheels himself to the grocery shop to buy his stuff.

Daniel goes home after buying what he wants. Besides going to the shops, he is also able to go to the nearby bus stop to take a bus to other destinations.






This shows that disabled people are not handicapped by their physical, sensory, intellectual or psychological impairments or disabilities. However, the disabled are handicapped by environmental and societal barriers such as inaccessible facilities, inaccessible services, and discrimination.


With available disabled-friendly facilities such as gentle kerb ramps and toilets for the disabled, disabled people should be able to participate fully in the society, like those staying in Neighbourhood B. Sad to say, most, if not all neighbourhoods throughout Malaysia lack disabled-friendly facilities such as in Neighbourhood A.

Let’s work together to move 
from Neighbourhood A towards Neighbourhood B

Tuesday, 5 August 2014

Kenapa Tak Boleh Letak Kereta Di Sini??? Suka Hati Akulah

“Bapak, mana boleh park kat sini?” soal Karim pada bapanya yang memberhentikan keretanya pada lerengan di hujung laluan pejalan kaki.

“Diamlah kamu. Kecil-kecil dah pandai nak ajar bapa,” marah Encik Hassan.

“Cepat keluar. Kalau tak, kita balik saja,” tegurnya lagi. 

Karim diam dan muncungkan mulutnya. Dia mengambil kotak yang berbalut dengan kertas berwarna warni diikat dengan reben kuning lalu keluar dari kereta. Dia tahu bahawa orang ramai sepatutnya meletakkan kenderaan di tempat yang sesuai; bukannya di depan lerengan. Namun, dia tidak mahu terlepas peluang menghadiri majlis harijadi sepupunya, Rohani, yang ke-9 yang diadakan di Restoran KFC.

“Banyak kereta ni. Naik ke atas pathways,” kata Hassan setelah dia memimpin anaknya berjalan tiga empat langkah di tepi jalan.

Mereka mengangkatkan kaki melangkah ke atas laluan pejalan kaki yang tingginya lebih kurang 12cm itu. Mereka berjalan terus di laluan pejalan kaki itu. Restoran KFC berada di penjuru bangunan. Karim berasa gembira apabila kelihatan beberapa orang sepupu dan rakan-rakan sekolah mereka yang sedang sembang dan bermain di dalam restoran, melalui cermin berlutsinar. Dia mempercepatkan langkahnya; meninggalkan Hassan di belakang. Dia berjalan sehingga selekoh laluan pejalan kaki itu lalu belok ke kanan. Sesekali dia berlari-lari dan melompat-lompat. Akhirnya dia tiba di pintu masuk restoran lalu masuk ke dalam.

Ketika Hassan masuk ke dalam restoran dan berjalan ke arah suadara mara, kelihatan dua orang pemuda dan seorang gadis yang telah selesai makan ingin meninggalkan restoran tersebut. Samy membuka pintu restoran dan Ahmad menggerakkan kerusi rodanya keluar dari premis; diikuti oleh Mary yang memandu kerusi roda bermotor. Samy melepaskan pintu itu; membiarkan ia tutup semula. Mereka berjalan mengikut arah kiri untuk ke perhentian bas. Mary sendiri memandu kerusi roda; manakala Samy membantu menolak kerusi roda Ahmad. Mereka bergerak hingga ke selekoh laluan pejalan kaki lalu belok ke kiri.

“Alamak, ada kereta Myvi kat depan,” kata Ahmad tiba-tiba apabila mereka hampir sampai ke penghujung laluan pejalan kaki.

“Biar saya pergi tengok dulu,” Mary mempercepatkan panduannya hingga ke hujung laluan untuk memerhati sama ada mereka dapat turun ke jalan raya atau tidak.

“Tak boleh turun la… Kereta Si Dia tu berada di atas kerb ramp. Ah!!!!!” Mary pusing kerusi rodanya balik semula.

Mereka semua terpaksa bergerak ke arah Restoran KFC semula dengan harapan agar mempunyai lerengan di satu lagi penghujung laluan. Sepanjang pergerakan, mereka memerhatikan pinggir laluan pejalan kaki. Tengok ada tak lerengan lain atau tempat yang sesuai bagi mereka turun. Hampa. Tiada lerengan di pertengahan laluan tersebut yang membolehkan mereka turun dari laluan pejalan kaki ke jalan raya. Mereka terpaksa bergerak sehingga melalui depan Restoran KFC semula dan akhirnya sampai ke penghujung laluan yang satu lagi. Nasib baik terdapat lerengan di hujung laluan itu.

Mereka menuruni lerengan itu ke jalan raya. Kini, mereka terpaksa bergerak di tepi jalan raya. Jalan raya yang dibina bagi kenderaan-kenderaan bergerak di atasnya; yang sebenarnya bukan tempat bagi pejalan kaki atau pengguna kerusi roda bergerak di atasnya. Mereka bergerak dalam satu barisan di mana Mary berada di depan dan Samy yang menolak kerusi roda Ahmad berada di belakang sekali. Mereka bergerak perlahan-lahan dengan berhati-hati. Sesekali Samy berpusing kepala ke belakang untuk melihat kenderaan yang datang dari belakang. Sekali dua dia meminta Mary berhenti atau memperlahankan panduan kerusi roda bermotor apabila kelihatan kereta atau motosikal yang datang dengan pantas.

Lebih kurang 30 minit kemudian, barulah mereka sampai semula di poin yang bersebelahan dengan penghujung laluan perjalan kaki yang lerengannya dihalang oleh kereta Myvi itu. Kereta itu masih berada di situ.

“Meluat tengok kereta ni. Suka hati saja dia park kat sini,” kata Ahmad dengan marah.

“Yalah… buang masa dan tenaga kita saja. Kita habis setengah jam begitu saja kerana dia. Kalau tidak, kita dah sampai perhentian bas. Mungkin juga dah naiki Rapid Penang,” sampuk Mary.

“Tiada kesedaran langsung. Orang macam ni pentingkan diri saja. Tak tahu dia telah menyusahkan orang lain…menyalahgunakan kemudahan orang ramai,” kata Samy pula.

Mereka menyeberangi lorong kecil.

“Kat sini ada ramp. So, nak guna pathways atau jalan raya?,” tanya Mary.

“I takut kerb ramp di sebelah sana pula dihalang kereta atau motosikal macam Myvi ini,” kata Mary lagi.

“Kereta yang lalu sini semakin banyak waktu ini. Baik kita guna pathways. Rasanya tiada kereta yang mungkin berhenti di sebelah sana. Kan ada traffic light kat situ. Di sana, kita menyeberangi jalan raya untuk ke perhentian bas,” cadang Samy yang memandang jauh ke depan.

Samy menolak kerusi roda Ahmad mendekati lerengan lalu menaiki lerengan itu, diikuti Mary di belakang. Ketiga-tiga sahabat meneruskan perjalanan mereka menuju ke perhentian bas.

*****


Situasi yang digambarkan dalam kisah ini di mana kereta, mosikal atau kenderaan lain diletakkan di hadapan / pada lerengan (kerb ramp); di laluan pejalan kaki (pathways / pavement / walkways) atau di tempat-tempat yang boleh menghalang laluan pengguna kerusi roda dan pengguna lain
sering berlaku dalam masyarakat kita.



Perbuatan meletakkan kenderaan sesuka hati seperti Hassan itu
sememangnya menyusahkan golongan OKU.

Kami DAPG ingin menyeru agar anda semua
tidak melakukan apa yang Hassan buat itu.