Kedua-dua
tangannya pada sisi kerusi roda memegang dan memusing push ring ke depan. Kemudian pegangan itu dilepaskan lalu tangannya letak pada bahagian belakang push
ring semula untuk digerakkan ke depan. Roda
kerusi terus berputar perlahan-lahan di
kaki lima melepasi beberapa kedai yang berada di sebelah kanan. Akhirnya Kamal
menghampiri bank.
Seorang lelaki
yang datang dari seberang jalan berjalan terus ke arah bank. Dia menolak pintu kaca ke dalam lalu melangkah masuk ke
dalam bank. Pintu kaca dilepaskan tutup semula.
“Argh…step lagi.. takda ramp.. macamana nak masuk ni,”
Kamal memandang permukaan lantai sekitar pintu masuk bank. Terdapat satu step
di mana permukaan lantai antara kaki lima dengan bank tidak sama ketinggian.
Lantai bank itu lebih kurang 8cm lebih tinggi daripada kaki lima. Kamal
berhenti di depan bank berhampiran dengan pintunya. Dia menunggu di sana
memandang ke kiri kanan.
“Excuse me encik. Boleh tolong tolak saya masuk bank,”
Kamal meminta tolong daripada seorang lelaki yang berjalan datang. Lelaki itu
kelihatan berumur dalam lingkungan 30-an dan berpakaian kemeja lengan panjang.
Agaknya datang dari pejabat untuk berurusan dengan bank.
“Aku kejar masa,” teriak lelaki itu sambil berjalan terus
ke bank.
Ingat aku suka kacau orang lain minta tolong kah? Aku ni
nak berdikari…nak pergi sana sini sendiri…nak buat sendiri. Tak mahu susahkan
orang. Tapi… persekitaran dan kemudahan dibina berdasarkan keperluan orang
ramai yang upaya saja tanpa memikirkan keperluan kami yang kurang upaya. Tak fikir OKU dapat
gunakannya atau tidak. OKU juga mempunyai hak untuk ini untuk itu seperti kamu
semua. Kami juga perlu menjalani kehidupan harian. Kamal berasa kecewa
bercampur geram.
“Abang, kenapa duduk kat sini? Ada apa boleh saya bantu?”
tanya seorang remaja yang datang dari belakang Kamal. Dia nampak Kamal melambai-lambai tangan pada
dua orang mak cik yang ingin berjalan masuk dalam bank tapi mereka langsung
tidak menghiraukan Kamal.
“Adik, saya nak masuk dalam bank. Tapi kena ada orang
tolong tolak saya, baru boleh masuk,” Kamal menuding jari pada lantai di pintu
masuk tu.
Remaja itu menawarkan dirinya untuk bantu. Dia menolak
Kamal sehingga berdepan dengan pintu masuk. Apabila terlihat pengguna kerusi
roda di hadapan bank, pengawal bank yang berdiri di tepi mesin nombor giliran
untuk membimbing pelangan-pelangan bank yang datang dan menjaga
keselamatan bank itu pun datang bantu.
Pengawal itu membuka dan memegang pintu bagi mereka.
Remaja itu memastikan kerusi roda Kamal lebih kurang
bersudut tepat pada pinggir lantai bank. Kemudian dia meletakkan kaki kanan
pada hujung penyungkit kanan yang berada di bahagian belakang sebelah dalam
roda kerusi. Kaki itu menekan penyungkit perlahan-lahan dan pada masa yang sama
dia tarik bahagian pemegang ke belakang dan menekan ke bawah untuk
mencondongkan kerusi roda ke belakang. Dengan itu, kastor iaitu roda depan kini berada dalam keadaan tergantung atas lantai kaki lima pada
ketinggian yang sama atau lebih tinggi dengan permukaan lantai bank. Dia
menggerakkan kerusi roda Kamal ke depan dengan menggunakan roda belakang sahaja
sehingga kastor menyentuh permukaan lantai bank. Kemudian dia menolak kerusi
roda ke depan lagi dengan daya yang lebih kuat untuk memaksa kedua-dua roda belakang
bergolek dari permukaan yang rendah ke permukaan yang tinggi. Dia menolak
sehingga kerusi roda masuk ke dalam bank sepenuhnya. Selepas itu, dia yang
tangannya masih pada pemegang melangkah kaki ke permukaan lantai bank lalu
menolak Kamal ke mesin nombor giliran.
Kamal berterima kasih pada remaja itu. Dia bersyukur
kerana remaja itu tahu cara-cara membantu pengguna kerusi roda apabila
berhadapan dengan step yang langsung tidak mesra OKU. Bukan itu saja, tetapi
step juga tidak mesra kepada orang tua yang berkerusi roda, orang tua atau
mereka yang sakit lutut, ibubapa dan penjaga yang membawa kereta sorong anak-anak
kecil dan mereka yang membawa troli. Kamal mendapat tahu ibu remaja itu
terpaksa dipotong kaki akibat penyakit kencing manis dua tahun yang lalu. Sejak
itu, ibunya yang baru berusia 50 lebih tahun terpaksa menggunakan kerusi roda
untuk bergerak. Remaja itu meninggalkan bank lalu pergi ke kedai runcit yang
selang tiga kedai dari bank untuk membeli barang-barang keperluan rumah yang
disuruh ibu.
“Kenapa lambat ni? Saya dah lama sampai tunggu dalam kereta.”
Kamarul berjalan masuk ke dalam bank lalu mendapatkan adiknya yang sedang menyimpan kad ATM yang baru dibuat dan beberapa
keping kertas RM50 yang baru dikeluarnya ke dalam dompet. Kamal meminta Kamarul
tolong hantarnya ke sini semasa Kamarul bersama-sama anak perempuan keluar
rumah tadi. Kamarul tinggalkan Kamal di kaki lima lalu pergi menghantar anak ke
sekolah. Dia datang ambil Kamal balik selepas hantar anak di sekolah.
“Tadi kat luar
lama… tunggu orang tolak masuk.”
“Sekarang dah beres bang. Jom balik,” kata Kamal lagi
yang penat. Penat kerana tunggu orang…minta bantuan orang untuk tolaknya masuk
dalam bank sebentar tadi. Penat juga
kerana terpaksa tunggu pengawai bank masuk keluar dari sebelah dalam tempat
mereka bertugas melalui pintu bersebelahan dengan deretan kuanter yang berkunci
demi keselamatan, untuk membantu Kamal berurusan. Kamal tidak dapat berurusan
dengan pengawai bank melalui kuanter seperti orang lain kerana kuanter-kuanter tersebut adalah terlalu tinggi baginya yang duduk atas
kerusi roda.
Kamarul menolak adiknya ke pintu. Pengawal bantu buka dan
pegang pintu kaca itu. Kamarul memusing kerusi roda adik lebih kurang 180
darjah kepada posisi di mana mereka kelihatan seolah-olah mereka baru masuk
dalam bank. Kamarul berjalan ke belakang dengan tangannya tetap pada pemegang menarik
kerusi roda ke belakang sambil berpaling kepala ke belakang meneliti kedudukan step. Kemudian dia melangkah kaki turun dari
permukaan lantai bank ke kaki lima. Dia
terus melangkah ke belakang dua tiga langkah. Kini roda belakang kerusi roda
yang besar berada pada hujung permukaan lantai bank. Dia terus menarik kerusi
roda ke belakang. Bump… roda besar
berputar turun ke kaki lima. Punggung Kamal lompat naik atas sikit seolah-olah
apa yang kita rasai semasa kereta tiba-tiba dipandu melalui bonggol jalan yang
besar. Roda turun diikuti kastor ke kaki lima. Kamarul pusing kerusi roda Kamal
ke kiri lalu menolaknya ke arah kereta.
Fuh..begitu susahnya bagi pengguna kerusi roda apabila
berdepan dengan step. Bukan saja mereka tidak dapat menghadapi step sendiri,
tetapi sukar juga bagi orang yang membantu. Kamal tidak sanggup membayangkan
betapa payahnya bagi seseorang yang menggunakan kerusi roda bermotor berhadapan
dengan step. Sememangnya kerus roda bermotor memudahkan pergerakan seseorang
pengguna kerusi roda lebih-lebih lagi apabila seseorang itu
bergerak banyak. Dia tidak perlu memusing push ring yang meletihkan
tangan apabila terlalu lama. Sebaliknya dia hanya perlu mengawal joystick yang
dipasang pada hujung tempat letak lengan dengan daya yang sangat rendah. Tetapi
pembantu bukannya boleh cuma memijak penyungkit untuk menaikkan kastor bagi
diletakkan pada aras lantai yang lebih tinggi kerana ia lebih berat dan rodanya
lebih besar. Dua tiga orang diperlukan untuk mengangkatkan bahagian depan
kerusi roda dan menolak kerusi roda ke atas.
“Kenapa orang masih tak faham-faham ramp tu sangat
penting???” Kamal mengeluh. Dia dan pengguna-pengguna kerusi roda amat
memerlukan ramp yang berbentuk segitiga tegak dengan bahagian condongnya menghubungkan
permukaan lantai yang rendah dengan yang tinggi. Bahagian condong itu haruslah
landai juga. Dengan adanya ramp yang landai, mereka berupaya mengerakkan kerusi
roda dari permukaan lantai yang rendah ke permukaan yang lebih tinggi dan sebaliknya dengan mudah.
Sedang Kamarul menolak kerusi roda Kamal di kaki lima, Kamal
memandang pada pinggir kaki lima tengok-tengok kalau ada ramp untuk turun ke
tepi jalan. Tapi hampa. Langsung tidak ada ramp
kat situ. Apabila hampir sampai pada kereta yang diletakkan di tepi
jalan, Kamarul sekali lagi menolak Kamal menuruni step yang agak tinggi.
*****
Aduhai… Bagaimana OKU berkerusi roda nak bergerak dari jalan
raya ke laluan pejalan kaki; nak bergerak dari jalan raya ke kaki lima; nak
bergerak masuk ke dalam kedai, ke dalam restoran, ke dalam bangunan; dan
sebaliknya jika tidak ada step ramp yang menghubungkan permukaan lantai yang
rendah kepada permukaan lantai yang lebih tinggi.
Apa…minta orang tolong saja? Tengok betapa susahnya
Kamarul dan remaja baik hati itu nak bantu Kamal naik turun step.
Di sesetengah tempat, ada juga step di sana sini di dalam sesebuah
bangunan. Begitu juga pada kaki lima di sesetengah tempat.
Kami DAPG ingin menyeru pada
pihak-pihak yang bertanggungjawab supaya
menyediakan RAMP pada poin-poin yang strategik
sekiranya tempat-tempat itu ada step
pihak-pihak yang bertanggungjawab supaya
menyediakan RAMP pada poin-poin yang strategik
sekiranya tempat-tempat itu ada step